Vampire Lover
Pemikiran
Friday, June 28, 2013 | 9:32 PM | 0comments
  Seorang pemimpin yang baik, bukan dilihat dari bertapa kerapnya seorang tersebut muncul di surat kahbar, ia juga bukan dilihat dari bertapa ramai orang yang menyokongnya. Seorang pemimpin yang baik dilihat daripada usaha yang diberikan untuk memajukan sesuatu tempat. Usaha yang berlipat ganda daripada pemimpin yang biasa. Seorang yang berjiwa rakyat. Seorang yang berwawasan. Seorang yang terbuka hati untuk menerima kritikan dan pandangan. Bukanlah melakukan sesuatu perkara yang akan memperbodohkan rakyatnya.Bukanlah hanya mementingkan WANG. Ya,itu la pemimpin yang baik.
  
  Bagaimana acuan ,begitulah bentuknya. Begitu juga peribahasa tersebut menunjukkan kepada sebuah negara. Jika seorang pemimpin negara mampu memajukan negara dengan menyeluruh, maka majulah sesebuah negara tersebut.Jika tidak,maka sebaliknya lah yang berlaku. Tidak kira rakyat yang tinggal di bandar ,atau rakyat yang tinggal di luar bandar. Seorang pemimpin yang baik bukan sahaja mampu membangunkan Bandar-bandar besar ,malah "Beliau" juga harus MAMPU membangunkan bandar luar bandar. Tidaklah memberikan perhatian sepunuhnya dalam bandar-bandar besar. 

  Seorang yang lahir di bandar  mempunyai jurang yang amat ketara tidak kira dalam segi pemikiran ,perlakuan atau emosi. Seorang yang lahir daripada luar bandar mempunyai pemikiran yang naif, memberikan layanan yang amat mesra kepada mereka yang baru mereka kenali. Mereka juga akan sedaya upaya memenuhkan permintaan orang yang baru mereka kenali. Tetapi mereka tidak mempunyai tahap pemikiran yang tinngi seperti orang yang tinggal di bandar. Dan senario ini amat menyedihkan bagi golongan yang tinggal di luar bandar. 
  
  Disebabkan kawasan luar bandar tidak mempunyai kemudahan canggih seperti di bandar, inilah menyebabkan pemikiran mereka terbantut. Pemikiran mereka tidak dapat diasah ,pemikiran mereka juga tidak dapat berkembang. Jangan merendahkan pemikiran orang luar bandar . Tuhan mencipta kita dengan sempurna dan masing-masing mempunyai akal fikiran yang sama untuk berjaya. Oleh itu tidak dapat dinafikan orang yang lahir dari luar bandar juga mempunyai akal fikiran yang setaraf dengan mereka-mereka yang lahir dari bandar. Persoalannya di sini, apakah rakyat di luar bandar mempunyai kemudahan yang sama dengan rakyat di bandar ?Tepuk dada ,tanyalah selera.
  

Older Post | Newer Post
vampire girl
Paul wesley is mine !An ordinary girl that love vampire so much..you have no idea how i love Paul wesley much more :*